Ning Xi sedang berbincang mengenai skrip dengan Ling Zhizi di pejabatnya di Syarikat Hiburan Keagungan Dunia.
Ling Zhizhi menghulurkan skrip kepada Ning Xi. "Ning Xi, tengok ni."
Ning Xi membaca skrip itu. "Pengarahnya Guo Qisheng ke?"
Dia pernah bekerjasama dengan Guo Qisheng untuk filem "Dunia" dan dia berasa senang serta positif sepanjang terlibat dalam filem itu.
Ling Zhizhi mengangguk. "Ya, skrip ni untuk drama bersiri dan bukan untuk filem. Walaupun kamu datang daripada latar belakang perfileman, saya tak galakkan kamu hanya fokus pada filem je untuk masa depan kamu nanti. Ramai pelakon yang fikir kalau buat penggambaran drama akan merendahkan status mereka, tapi tu semua tak betul pun! Pasaran untuk drama televisyen semakin meluas dan ada sikit perbezaan antara status pelakon filem dan pelakon drama TV."