Pertunjukan itu dimulakan setelah persiapannya selesai.
"Helo, para penonton yang berada di hadapan skrin. Semua orang tahu 'Keistimewaan Si Cantik' selalu ada tetamu yang cantik. Kali ini pun tidak terkecuali, tetapi Si Cantik yang kita jemput kali ini sedikit istimewa. Saya pasti ramai orang yang sudah mengenali beliau. Dipersilakan Ning Xi!" Pengacara pertunjukan itu, Zhu Shuan mengumumkan dengan penuh teruja sambil menjemput Ning Xi naik ke atas pentas.
Sebaik sahaja Zhu Shuan katakannya, penonton-penonton yang berada bawah pentas berteriak dengan teruja dan memegang papan nama Ning Xi yang lengkap berlampu.
"Helo, semua, lama tak berjumpa, saya sangat gembira kerana dapat berada di sini lagi hari ini," kata Ning Xi sambil menunduk seperti seorang lelaki budiman dalam tuksedo berwarna kelabunya.
Jeritan yang kuat itu tidak henti-henti…