Gambar-gambar kali ini agak penting. Ning Xi mahu menghasilkan semula kualiti dan gaya yang bersahaja sama seperti gambar sebelum ini. Jadi dia tidak mahu mengupah jurugambar profesional yang akan membuatkan gambar-gambarnya nampak seakan-akan terlalu digayakan. Buat seketika, dia betul-betul tidak tahu daripada siapa lagi dia boleh meminta pertolongan.
Semasa dia sedang dalam kebimbangan, dia tiba-tiba mendapat inspirasi. "Ah! Saya dah tahu!"
Hehe, bukan Lu Tingxiao je lelaki yang boleh diharapkan dekat dalam rumah ni!
"Sesi persekolahan Si Cilik akan tamat tak lama lagi, kan? Saya akan pergi jemput dia!" kata Ning Xi dengan perasaan gembira.
Ning Xi membuat keputusan yang dia akan meminta Si Cilik untuk membantunya untuk mengambil gambar-gambar itu kali ini. Hal ini agak berbeza daripada sebelumnya. Memandangkan popularitinya telah melonjak dalam masa semalaman, pasti lebih susah untuk dia meninggalkan rumahnya sekarang.