Selepas berbual seketika dengan kedua-dua pekerja itu, Zhou Zhihe berjalan masuk ke dalam panggung yang menayangkan cerita "Pengejar Mimpi" untuk mengintip.
Sekali pandang dia dapati penonton pada ketika itu lebih ramai jika dibandingkan pada waktu siang. Hampir 70 ke 80% kerusi di dalam dewan yang boleh memuatkan hampir seratus orang telah dijual.
Berdasarkan pengalamannya, dia dapat merasakan yang filem ini mempunyai potensi untuk menjadi terkenal.
Malangnya, filem ini terpaksa bersaing dengan filem Zheng Kangde…
Selepas meninggalkan dewan pawagam, Zhou Zhihe berfikir lama sebelum membuat keputusan untuk menghubungi pengurus pawagam yang lagi satu untuk bertanyakan sesuatu.
"Helo, CEO Zhang!"
"CEO Zhou, kamu telefon saya lewat malam ni sebab nak tanya pasal filem 'Pengejar Mimpi' jugak ke?" Suara di hujung talian kedengaran mengusik.
"Jugak? Nampaknya dah ada orang lain yang hubungi kamu!" Zhou Zhihe mengangkat keningnya.