Zheng Kangde kelihatan agak gembira. "Dia buat pertunjukan besar kali ni. Saya yakin semua pemegang saham Panggung Timur tak akan berdiam diri pasal ni. Saya rasa dia tak akan duduk di kerusi CEO tu buat masa yang lama."
Ketika Zheng Kangde dan Wu Kai sedang asyik meramalkan yang Fang Jiayue akan dipecat, satu kuasa sedang berkembang dan merebak dengan senyap di dalam talian…
Dalam sekelip mata…
Sudah masuk hari ketiga "Pengejar Mimpi" ditayangkan di pawagam.
Penjualan tiket di Panggung Timur masih rendah namun ia tidak seteruk yang Zhang Yong telah ramalkan. Malah, ia terus meningkat.
Pada waktu malam, apabila semua orang telah selesai bekerja dan mahu pulang ke rumah untuk melihat Weibo, tiba-tiba filem baru Pengejar Mimpi telah membuat papan topik Weibo menjadi panas!