Zhang Yong sudah tidak tahan berkerja di bawah Fang Jiayue; Fang Jiayue bukan sahaja tidak menerima rasuah, dia juga mengharamkan semua kakitangan daripada menerimanya. Itu membuatkan Zhang Yong terpaksa melihat sahaja semua duit itu terlepas daripada genggaman dan berterbangan jauh melintasinya…
Malangnya, Fang Jiayue mempunyai nama yang boleh dipercayai di dalam industri ini. Walaupun syarikat itu tidak boleh jadi yang terbaik, tetapi mereka sentiasa berada dalam kedudukan sepuluh yang terbaik. Oleh sebab itu, Zhang Yong tidak boleh lakukan apa-apa untuk menentang Fang Jiayue.
Dia tidak sangka Fang Jiayue akan katakan sesuatu yang bodoh seperti ini. Mengarutnya! Sepuluh hari?!