"A-apa!? Banyak mana?" Suara dari hujung talian itu tergagap-gagap kerana terkejut, "CEO Fang, kamu tersilap ke? Atau kamu maksudkan filem 'Saya Hanya Sukakan Kamu' oleh Pengarah Zheng Kangde? Kamu keliru dengan dua filem tu ke?"
Suara perempuan itu tadi kedengaran tenang. "Tak ada kesilapan. Memang filem Chen Mian, "Pengejar Mimpi"."
"Tapi… mustahil! Filem "Saya Hanya Sukakan Kamu" ambil separuh daripada slot tayangan filem kita. Macam mana kita nak bagi "Pengejar Mimpi" 60%?"
"Kurangkan slot untuk 'Saya Hanya Sukakan Kamu'. Saya masih kena ajar kamu penyelesaian mudah macam ni ke? Saya nak tengok jadual pengagihan baru tu pagi esok!" Perempuan itu menghabiskan kata-katanya dengan tegas dan menamatkan panggilan telefon itu.
…