Tak guna punya Chen Mian! Dia telah mengkritik Liang Biqin secara terbuka di dalam Weibo ketika dia mempertahankan Ning Xi. Tambahan pula, dia telah memilih Ning Xi sebagai watak utama dan membuatnya berasa marah malah dia telah membuat filem dengan tema yang sama. Jelas sekali dia sengaja buat begitu untuk menghinanya!
Sekarang, dia nak tengok siapa yang akan bertahan di dalam industri ni! Ketika dia membayangkan saat-saat kejatuhan Chen Mian dan Ning Xi, dia berasa sangat puas. Mereka akan membunuh dua ekor burung dengan sebiji batu!
"Oh ya, Pengarah Zheng, Penerbit Wu, perlu tak kita masukkan Panggung Timur sekali?" Pembantu pelakon wanita bertanya.
Mereka sudah berpakat dengan hampir kebanyakan panggung terkenal dan hanya tinggal Panggung Timur sahaja.