Annie merenung apa yang Ning Xi berikan kepadanya dan kelihatan seakan-akan ada banyak perkara yang dia hendak katakan. Tetapi dia mungkin menganggap tiada gunanya untuk katakan apa-apa, jadi dia hanya membalas dengan ringkas, "Baiklah! Bro Xi, saya akan pulangkan benda ni untuk kamu…"
"Terima kasih."
…
Di dalam sebuah vila yang menggerunkan di pinggir bandar, seperti yang dijanjikan, Annie balik semula dan membuka pintu sebuah bilik secara senyap-senyap.
Bos sepatutnya masih ada di luar sekarang ini…
Rumah itu sunyi dan gelap. Dia berjalan ke arah almari dengan berhati-hati dan berniat hendak meletakkan barang itu di dalamnya…
Sebaik sahaja dia membuka almari itu, lilin yang berada di dinding tiba-tiba menyala dan ada satu suara kedengaran betul-betul di sebelah telinganya, "Kamu tengah cari apa?"