"Apa?!" Mata Lu Jingli terbuka luas. "Bekas teman lelaki? Lelaki tu bekas teman lelaki Xiao Xi Xi? Macam mana kamu tahu?"
Lu Tingxiao mendiamkan diri dan hanya meneruskan kerjanya.
Lelaki itu dengan mudahnya telah menggunakan 100 juta dolar dan menunjukkan tingkah laku yang tidak boleh diramalkan.
Dia tidak perlu melakukan penyiasatan untuk mengetahui siapakah lelaki itu.
Ning Xi pernah cakap kepadanya yang mereka hanya berpacaran selama satu hari.
Walaupun Ning Xi pernah menyukai lelaki itu atau pernah mencintainya, semuanya sudah berlalu…
Lu Jingli sangat mengagumi sikap tenang abangnya itu. "Betul, lelaki nombor lapan dan Su Yan hanyalah bekas teman lelakinya. Tak kisahlah apa yang mereka buat, kamu teman lelaki dia yang sekarang! Hehehe"
Selepas Lu Tingxiao membaca dokumennya yang terakhir, dia mengambil kotnya dan berlalu pergi.
"Er, Bro, kamu nak pergi mana?" tanya Lu Jingli.
"Nak sediakan hadiah."