Chereads / Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 1200 - Belanja Duit Macam Itu Saja!

Chapter 1200 - Belanja Duit Macam Itu Saja!

Seratus… seratus juta dolar?!

Jurulelong itu hampir melepaskan tukulnya kerana terlalu terkejut. Selepas dia menenangkan dirinya, dia menarik nafas panjang. "Lapan… nombor lapan baru saja membida 100 juta dolar! Encik Nombor Lapan membida 100 juta! Gosh!"

Kebanyakan orang yang hadir ke majlis itu merupakan orang yang tidak dikenali dan nombor lapan merupakan salah seorang daripadanya. Jadi, jurulelong tersebut hanya tahu yang pembida itu merupakan seorang lelaki. Dia tidak mengenali lelaki itu dengan lebih lanjut, oleh itu dia hanya memanggil lelaki itu dengan nombornya.

Bilik itu bertukar menjadi sunyi sepi. Selepas beberapa ketika, orang ramai mula sedar. Malah ada beberapa orang yang berdiri dan mahu melihat ke arah sudut yang sunyi itu tetapi mereka hanya nampak kelibat hitam yang duduk di situ bersendirian. Cahaya terlalu malap untuk menampakkan wajahnya, jadi mereka hanya boleh melihat tangannya yang putih pucat.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS