"Hahaha… kalau begitu saya akan tunggu kamu!" jerit jurulelong tersebut.
Zhao Haisheng dengan pantas meletakkan telefonnya dan tersenyum sambil meminta maaf, "Isteri saya cakap mahal sangat, jadi kami tak nak teruskan pembidaan. Silakan sambung!"
"Puan Zhao memang isteri yang baik!" kata jurulelong itu lalu melihat ke arah CEO Sun. "Macam mana dengan kamu CEO Sun? Nak sambung lagi tak?"
"56 juta!" Sun Zhanpeng memandang ke arah Ning Xi ketika dia bercakap seolah-olah mahu menunjukkan kekayaannya kepada si cantik itu.
"56 juta! CEO Sun membida 56 juta! Kedua-dua Encik Su, adakah kamu berdua mahu meneruskan lagi?" Mata jurulelong itu bercahaya ketika dia melihat Su Yan dan Su Xun.
Su Xun kelihatan sengsara. Dia sudah mencapai had batasnya. Kalau dia terus membida, walaupun dia berjaya mendapatkan mahkota itu, dia akan mengalami kerugian yang sangat banyak! Penyokongnya juga akan memandang serong terhadap sikapnya yang tidak rasional itu.