Chereads / Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 1183 - Apa yang Mereka Sedang Buat?

Chapter 1183 - Apa yang Mereka Sedang Buat?

Di dewan serba guna di Hotel Jaz Diraja. 

Dewan itu penuh dengan orang ramai hanya selepas satu jam berita itu diumumkan. 

Kebanyakan wartawan berasa sangat kecewa dengan History. Mereka baru sahaja berkira-kira ingin menulis berita-berita yang mengutuk History. Tetapi, selepas mendengar berita tentang sidang media Spirit, mereka berkemungkinan besar akan mendapat berita yang sensasi, jadi mestilah mereka bergegas ke sana secepat mungkin. 

History mendapat berita tentang sidang media Spirit sewaktu mereka sedang sibuk mencari Han Xiao selepas lelaki itu menghilangkan diri secara tiba-tiba. 

Ning Xueluo telah menghantar beberapa orang stafnya untuk pergi ke sana. Tetapi, oleh sebab dia terlalu cemas, dia memakai sepasang kaca mata hitam dan pergi sendiri ke sana. Dia ingin tengok sendiri apa sebenarnya yang Spirit ingin lakukan! Tidak kira apa sahaja yang mereka lakukan, History masih ada peluang kalau mereka berjaya mencari Han Xiao. 

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag