"Saya faham. Saya faham sangat-sangat. Makhluk milik kamu tu memang tak ada apa-apa kaitan dengan History... Kamu pun tak tandatangan kontrak dengan Bos, jadi kamu memang berhak buat apa saja yang kamu nak," David ketawa kecil. Malah, dia sendiri membantu Han Xiao mempertahankan kenyataannya.
Han Xiao terus menamatkan panggilan selepas David selesai bercakap.
Ning Xi tercengang. Jantungnya hampir terhenti dan dia tidak dapat mengungkapkan sepatah perkataan pun...
Dia teringat yang hari itu Han Xiao pernah mengatakan dia adalah seorang pereka fesyen. Tetapi, waktu itu dia tidak percayakan lelaki itu.
Apa ni?! Orang gila yang ganas ni sebenarnya seorang pereka fesyen yang lebih berbakat dari Gong Shangze?!
Kalau diberi peluang lain, dia memang tidak akan percaya tentang hal ini! Ia terlalu tidak masuk akal!