Chereads / Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 1176 - Berlutut dengan Tuhan Ini

Chapter 1176 - Berlutut dengan Tuhan Ini

"Haha, pahlawan mulia, kalau macam tu kenapa kamu tak terbang ke langit je?!" Ning Xi menjelingkan matanya ke arah Han Xiao, kemudian dia menolak lelaki itu keluar dari kereta lalu menunjuk ke arah dinding, "Kalau kamu hebat sangat, tunjukkan. Buktikan kepada saya…"

Belum sempat Ning Xi menghabiskan ayatnya, Han Xiao menggerakkan tangannya lalu terdengar bunyi guruh yang sangat kuat. Ning Xi melihat ke arah dinding yang telah berubah menjadi debu dan dia berdiri kaku di situ.

Hanya dengan menggunakan sebelah tangan, Han Xiao telah meruntuhkan dinding itu. Sebahagian daripada dinding itu telah menjadi debu halus yang terapung berterbangan di udara.

Ning Xi terdiam.

Saya sanggup berlutut dengan tuhan ni!

Orang yang jahil ini gagal mengenali bakat besar kamu!

Ning Xi boleh bersumpah kepada Tuhan yang dia hanya pernah melihat kemahiran seni mempertahankan diri seperti itu di dalam novel sahaja. Ya, hanya di dalam novel…

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag