"Kamu nak mati ke?!"
Lelaki gemuk itu naik marah dan mencekak leher Han Xiao supaya berdiri.
"Budak tak guna, berlagak hebat depan perempuan, huh!?"
"Budak bodoh, saya akan tampar kamu sampai mak kamu pun tak boleh nak cam kamu!"
Pelajar-pelajar yang lain mula menjerit ke arah Han Xiao sebaik sahaja dia dikasari.
Ning Xi menutup mukanya dan mengeluh dengan kuat. Lelaki ini memang pandai cari masalah!
"Budak gemuk, dengar cakap saya, lepaskan saya." Han Xiao tersenyum ke arahnya.
"Siapa yang kamu panggil gemuk? Saya akan tumbuk kamu sampai mati!" Pelajar yang gemuk itu menjadi semakin marah.
"Budak gemuk, kamu percaya tak yang saya boleh bunuh kamu dengan satu jari je?" Senyuman Han Xiao lenyap.
"Matilah kamu!" Pelajar yang gemuk itu menjerit ke arah Han Xiao lalu menghayunkan penumbuk ke arahnya.