Sikap Han Xiao buat Ning Xueluo berasa tidak senang, tetapi Han Xiao bukannya David dan Han Xiao juga bukan pekerja History. Malah, dia perlu mengharapkan kepakaran Han Xiao untuk campakkan Spirit ke dalam jurang kegagalan yang dalam. Jadi, dia hanya boleh bersabar buat masa ini.
"Haha, Encik Han, janganlah ambil hati, saya tanya je…Saya betul-betul kagum dengan hasil rekaan kamu, jadi saya rancang untuk pasarkan secara bear-besaran," kata Ning Xueluo dan mula memerhatikan rekaan-rekaan itu sekali lagi. Walau bagaimanapun, Ning Xueluo berkerut selepas seketika.
Sebelum ini, dia tidak perasan tetapi ada kecacatan yang jelas pada rekaan itu. Semua rekaan itu ada kekurangannya.
"Encik Han Xiao, ada cela sikit dekat rekaan kamu ni." Ning Xueluo meletakkan rekaan-rekaan itu di atas meja di hadapan Han Xiao dan menunjukkannya.
Apabila Han Xiao melihatnya, dia berdiri dan memandang Ning Xueluo dengan mata yang tiada emosi kemanusiaan.