"Keer! Tepi! Saya nak bunuh budak tak guna ni hari ni jugak!" Kemarahan yang melampau telah membutakan mata Zhuang Liaoyuan. "Saya tak patut biarkan kamu pergi! Dan kali ni kamu dah buat kakak kamu…"
Kenapa dia tidak bunuh saja budak tak guna ni sebelum ni!? Kenapa!? Zhuang Liaoyuan tenggelam dalam perasaan bersalahnya. Dia menyalahkan dirinya kerana tidak melakukan perkara yang sepatutnya!
Kalaulah isterinya pulang nanti, bagaimana dia mahu bertanggungjawab? Dan bagaimana dia mahu berhadapan dengan bapanya…
Dia berasa seperti mahu membunuh diri!
Zhuang Keer menjerit dengan kuat apabila dia menyedari bapanya naik gila. "Ayah! Saya okay lah! Saya okay! Tak ada apa-apa yang berlaku pun malam tadi!"
Zhuang Liaoyuan tidak mempercayainya. Dengan matanya yang terjegil, dia menjerit, "Macam mana boleh tak ada apa-apa yang berlaku!? Kalau tak adaapa-apa yang berlaku kenapa budak ni melutut depan saya sekarang ni!? Tepi, Keer!"