"Kakak, saya salah! Saya betul-betul salah! Saya tak tahu apa-apa! Saya cuma jalankan tugas untuk orang lain. Saya akan buat apa saja yang bos saya suruh buat! Kalau nak selesaikan pertikaian, jangan libatkan orang ketiga. Semua ni tak ada kena mengena dengan saya…" Lelaki yang muka mirip tikus itu diselubungi rasa ketakutan dan dia mula merayu apabila dia melihat pistol itu diarahkan kepadanya.
"Kamu dah sentuh dia." Ekspresi wanita itu tidak berubah.
Pandangan itu! Dia benar-benar mahu membunuh lelaki itu!
"Tak! Tak! Saya cuma pegang tangan perempuan tu je… tak, tak, tak… saya tak bermaksud apa-apa… tolong selamatkan nyawa saya… tolong…" Kaki lelaki itu menggigil dengan teruk. Ada cecair kuning yang busuk keluar dari seluarnya. Dia sangat takut sehingga terkencing di dalam seluarnya.