Ketika lelaki itu jatuh ke atas tanah dengan dahinya yang berlubang kesan tembakan dari peluru, mereka yang berada di sekeliling Ning Xi terus berubah wajah.
Salah seorang daripada mereka menyentuh pinggang dan mendapati sarung pistolnya telah kosong.
Pistol di tangan gadis itu adalah miliknya. Dia tidak sedar bila gadis itu telah mengambil pistol itu daripadanya.
Tak guna!
Kini, di antara mereka ada tiga ketua. Seorang telah pengsan akibat tendangan gadis itu ketika dia berjalan masuk, seorang lagi telah ditumbuk sehingga lembik dan yang terakhir telah dibunuh.
Ketiga-tiga mereka baru sahaja memulakan jajahan mereka di Empayar. Khabar angin mengatakan yang mereka berniat jahat dan menjalankan aktiviti membekal dadah jenis heroin di kebanyakan kasino. Malah mereka juga mempunyai senjata, namun hari ini mereka telah jatuh ke dalam tangan seorang wanita!