Logik budak kecil ni…
Mestilah kalau boleh dia hendak dapatkan budak lelaki itu dengan Ning Xi, tapi kalau anak mereka, sudah tentulah tidak akan jadi Si Cilik…
Malangnya, Lu Tingxiao tidak boleh jelaskan semua ini kepada Si Cilik. Mungkin dia tidak perlu jelaskan perkara itu pun.
Si Cilik pun memahami semuanya. Dia hanya marah, sedih dan rasa dikhianati. Kenapa dia tidak boleh jadi anak kandung Mak Cik Xiao Xi?
Di dalam bilik belajar itu, suasana di antara ayah dan anak itu tiba-tiba menjadi kaku.
Pada ketika itu, telefon Lu Tingxiao berdering. Ning Xi menelefonnya.
"Helo?"
"Bos Besar, kamu rindukan saya tak?" Suara gadis itu kedengaran ceria dari hujung talian. Berdasarkan nada suaranya, keadaan di sana pasti berjalan dengan lancar.
"Saya rindu." Dia tidak pernah rindukan Ning Xi lebih dalam berbanding pada ketika itu.