"Haha, baiklah Cik Ning. Jom kita balik ke Empayar bersama esok. Izinkan saya tengok ibu pejabat Spirit dan kita akan tandatangan kontrak. Apa pendapat kamu?" Deng Kuan tersenyum lebar.
"Tak ada masalah. Kami alu-alukan kedatangan kamu. Baiklah, kalau macam tu semuanya dah selesai. Kamu boleh hubungi saya bila-bila masa saja kalau kamu ada apa-apa soalan." Riak wajah Ning Xi berubah lembut.
Dia beredar bersama Han Momo selepas berbual dengan Deng Kuan dan menetapkan masa yang sesuai untuk pulang bersama untuk menandatangani kontrak.
Ning Xi dan Han Momo terus pulang ke hotel selepas mereka meninggalkan pusat membeli-belah Era Baru.
...
Beberapa minit selepas Ning Xi pulang, seorang lelaki masuk ke pejabat Deng Kuan.
"Encik Deng, izinkan saya perkenalkan diri saya. Nama saya Qin Zifan, Pengarah Pemasaran History." Lelaki itu memandang Deng Kuan sambil tersenyum.
"History?"