"Ah!" Ning Xi mencangkung dan menepuk-nepuk lembut kepala Ban Kecil.
"Bila Mama nak datang ke sini lagi?"
"Mmm, Mama tak pasti, tapi Mama akan buat panggilan video dengan kamu nanti!"
"Nak Mama peluk!"
Ning Xi memeluk Ban Kecil selama beberapa saat.
"Nak Mama cium!"
Ning Xi mengucup lembut dahi kanak-kanak itu.
Tidak lama kemudian, Ning Xi pun pulang.
Lu Jingli menyaksikan seluruh proses perpisahan di antara Ning Xi dan Ban Kecil.
Selepas Ning Xi pulang, dia mendekati Ban Kecil dan berkata, "Si Cilik, jangan sedih. Pak Cik Kedua boleh peluk dan cium kamu. Mari sini!"
Renungan lembut Ban Kecil masih kekal tertumpu pada ibunya. Selepas itu, dia memandang Lu Jingli dengan serius dan berkata, "Pak Cik Kedua, saya ni anak Mama saya seorang saja. Kalau kamu nak anak juga, carilah seorang untuk diri kamu."
Lu Jingli tercengang. Dia berasa seolah-olah ada beberapa batang anak panah menusuk dadanya!