Chereads / Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 1125 - Ingin Menjadi Aksesori Kaki Mama

Chapter 1125 - Ingin Menjadi Aksesori Kaki Mama

Lu Chongshan berpaling ke belakang dengan mulut yang ternganga. Badannya sedikit menggeletar bila memandang kanak-kanak comel itu. Dia hampir tidak percaya dengan apa yang didengarnya tadi...

Si Cilik... Cakap... Sesuatu ke tadi?

"Atuk, makan malam dah siap!" ulang Si Cilik sebelum berpaling memandang Yan Ruyi dan berkata, "Nenek, jom makan!"

Yan Ruyi terlalu terkejut sehingga mengalirkan air mata. Dia berpaling dan mengesat pipinya yang basah. Selepas itu, dia menjawab, "Okey... Kami dengar. Sebentar lagi kami datang!"

Si Cilik pun berlalu pergi dari situ dengan gembira. 

Lu Chongshan dan Yan Ruyi saling berpandangan dengan mata yang berair. 

Yan Ruyi mengesat air matanya dan berkata kepada Lu Chongshan, "Si Cilik panggil kamu dulu. Mesti kamu gembira sekarang, kan?"

"Tengok kamu tu. Dia panggil kita berdualah. Jangan berkira sangat! Macam budak-budak!" ujar Lu Chongshan. Tetapi, rasa teruja dan puas hati jelas terpancar di wajahnya. 

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS