Guan Rui benar-benar kecewa, tetapi dia juga faham yang tidak ada gunanya dia bertengkar dengan Lu Chongshan sekarang. Dia berkata dengan suara yang rendah, "Bro Lu, saya tahu keluarga saya bertanggungjawab dalam hal ni, tapi Tingxiao dah lukakan persahabatan kita. Lagipun, kita bakal jadi keluarga satu hari nanti."
"Guan Ziyao dah banyak menderita sebab perempan tu. Pertama, Tingxiao dah ada perempuan lain sebelum Ziyao pulang dan sekarang dia serang kita hanya sebab perempuan tu. Ni ke cara yang betul?"
Ekspresi wajah Lu Chongshan bertukar serius. Selepas dia berfikir beberapa ketika, dia mengeluh, "Bro Guan, pasal Ziyao tu, Ruyi dan saya memang menyukainya sejak dia masih kecil lagi. Kami dah anggap dia macam anak kami sendiri. Kalau boleh, memang saya nak kita jadi keluarga satu hari nanti."