Tajuk berita bahagian kewangan di dalam kertas kerja menunjukkan cadangan terkini kerjasama antara Syarikat Lu dengan Syarikat Zhao. Walau bagaimanapun, kerjasama yang sepatutnya adalah antara keluarga Guan dan keluarga Lu!
"Saya dah bincang mengenai kerjasama ni dengan ayah kamu, tapi kamu abaikan dan tandatangan dengan keluarga Zhao. Kamu tak rasa ke saya perlukan penjelasan?" Kata-kata Guan Rui kedengaran sangat sinis ketika dia menuturkannnya.
Lu Tingxiao memandang lelaki itu dengan bersahaja. "Pengerusi Guan, nampaknya kamu tak faham siapa yang buat keputusan untuk keluarga Lu sekarang ni."
"Kamu…" Guan Rui tidak dapat meneruskan kata-katanya. Empayar merupakan kawasan Lu Tingxiao. Mereka perlu memperkukuhkan kedudukan syarikat mereka, jadi mereka terpaksa mendapatkan pertolongan daripada keluarga Lu untuk berbuat demikian tetapi Lu Tingxiao telah mengisytiharkan perang!