Beberapa hari kemudian, di sebuah perhimpunan peribadi tokoh di Empayar.
Di dalam bilik VIP, terdapat pelbagai ucapan tahniah. Beberapa orang lelaki mengucap selamat kepada Zhao Haisheng dengan menyentuh gelas minuman mereka.
"Tahniah, CEO Zhao!"
"Ada empat perkara gembira di dalam hidup – hujan turun ketika kemarau panjang, berjumpa dengan kawan lama di tanah asing, malam pertama perkahwinan, dan apabila nama kamu mempunyai gelaran di hadapannya! Budak tak guna, kamu dapat dua benda dalam hanya beberapa hari je! Kamu kahwin dengan isteri kamu dan berjaya mewarisi syarikat!"
"Hahaha! Kenapa semua orang puji lebih-lebih ni. Saya cuma bernasib baik je!" Ketika dia mendengar pujian demi pujian dari orang sekelilingnya, dia menghirup minumannya sambil membalas ucapan mereka dengan senyuman lebar sampai ke telinga.