Si Cilik sudah tidak bercakap untuk beberapa bulan dan sepanjang tempoh itu, Si Cilik tidak menyebut walau sepatah perkataan pun.
Walaupun Ning Xi berasa bimbang, dia tahu yang dia tidak boleh mendesak dalam perkara itu, jadi dia tidak pernah memaksa Si Cilik untuk katakan apa-apa. Masa berlalu dan dia sudah terbiasa berkomunikasi dengan Si Cilik menggunakan papan tulis. Jadi kebanyakan masanya, Ning Xi boleh memahami Si Cilik dengan sekali pandang sahaja. Malah, dia tidak pernah merasakan yang Si Cilik berbeza dengan kanak-kanak yang lain…
Walau bagaimanapun, sebaik sahaja dia mendengar Si Cilik memanggilnya "Ibu", dia berasa seakan-akan dadanya dipukul dengan kuat menggunakan sesuatu dan nafasnya tersekat. Kehangatan meresap dari hati hingga ke seluruh badannya. Ada perasaan ajaib yang tidak dapat digambarkan…