Gadis berbaju putih itu kelihatan gembira. Sekarang, perempuan itu mesti akan menyerangnya kembali!
Gadis itu menjadi bertambah agresif, dia menolak bahu Ning Xi. "Perempuan sihir! Berani kamu menjegilkan mata kamu pada saya?!"
Tetapi…
Gadis itu tidak sangka apa yang berlaku seterusnya. Dia hanya menolak lembut bahu Ning Xi tetapi badan Ning Xi ringan seperti layang-layang yang tidak mempunyai tali. Dia terjatuh ke dalam kolam!
Macam mana… macam mana boleh jadi macam ni!?
Sepatutnya Ning Xi yang menolak dia ke dalam kolam! Bagaimana watak mereka boleh tertukar!?
Apa yang menjadi lebih teruk adalah ketika Ning Xi "ditolak" ke dalam kolam, Guan Ziyao datang sambil memegang tangan Yan Ruyi. Lu Chongshan dan ibu bapa Mo Lingtian juga ada dengan mereka sambil berbual semasa mereka berjalan-jalan.
Pada masa itulah, Ning Xi jatuh ke dalam kolam dengan bunyi percikan air yang kuat.
Mereka semua melihat situasi itu.