Seketika kemudian, Ning Xi menukar pakaian dan memakai gaun yang telah dipilih oleh Gong Shangze untuknya sebelum bersolek sederhana dan meluruskan rambut.
Rekaan gaun petang yang Gong Shangze pilih itu betul-betul cantik. Ia merupakan sehelai qipao tradisional yang ringkas tetapi mempunyai warna yang menarik. Orkid-orkid hitam yang dicetak padanya jelas kelihatan dan menonjolkan imej Ning Xi sebagai seorang anak perempuan yang sopan daripada keluarga yang dihormati sewaktu era Republik China.
Ning Xi berdiri di hadapan cermin panjang untuk melihat dirinya sendiri dan berasa puas hati. "Boleh tahan, cantik juga! Yang ni je lah! Terima kasih, Shangze! Saya pergi dulu, selamat tinggal!"
"Okey…"
Gong Shangze hanya memerhati majikannya pergi dan teragak-agak untuk katakan sesuatu.
Gaun itu tidaklah menonjol sangat… tetapi apabila Ning Xi yang memakainya, sebaliknya pula yang berlaku…