Tanpa menunggu jawapan dari Ning Xi, Zhuang Lingyu telah berkata sesuatu yang menyedihkan. "Dia tahu yang Spirit adalah saingan adik dia, tapi dia sengaja pakai pakaian mereka untuk buat iklan. Kamu memang selalu tolong orang luar je!"
Apabila Ning Yaohua mendengar, dia segera mencuba untuk memulihkan keadaan dengan berkata, "Perempuan! Kalau mereka nampak pakaian yang cantik, mereka akan beli kalau mereka suka tanpa fikirkan semua tu! Tapi Xiao Xi, kebelakangan ni Spirit dah menentang syarikat adik kamu, jadi kamu mesti berhati-hati. Kalau kamu suka gaya yang macam ni, biar adik kamu bagi beberapa helai baju pada kamu nanti!"
"Kali terakhir kakak datang ke kedai saya untuk membeli belah, saya dah bagitau yang saya nak bagi baju, tapi… kakak…" Ning Xueluo tidak menghabiskan ayatnya. Walau bagaimanapun, sudah cukup untuk membuat Ning Yaohua dan Zhuang Lingyu mengisi tempat kosong itu sendiri.