Ning Xi tertawa riang. "Baguslah macam tu. Saya ambil lagi kalau kamu dah habis makan!"
"Xiao Xi, doktor perubatan tua tradisional Cina yang mana kamu pergi ni? Dia mesti sangat pandai! Saya dah pernah pergi sebelum ni tapi semua jenis ubat yang mereka bagi teruk betul rasanya dan tak ada yang berkesan pun. Yang berguna ada kesan sampingan teruk pulak!" Orang tua itu merungut.
"Kawan saya. Dia taklah tua mana tapi dia memang ada pengetahuan yang luas dalam bidang perubatan," balas Ning Xi.
Selepas Annie melawat kali terakhir, mereka berhubung dari semasa ke semasa. Ning Xi baru saja bertanya bagaimana mahu merawat keadaan datuknya di dalam salah satu perbualan mereka. Annie telah menjawab dengan sangat jelas, jadi dia telah pergi ke satu kedai herba tradisional Cina dan beli semua barang yang telah disenaraikan oleh Annie. Dia sangat terkejut apabila ubat itu berkesan.
Dia perlu mencari masa yang sesuai untuk berterima kasih kepada Annie…