Ning Xi berasa sakit kepala selepas meninggalkan kedai Lu Xinyan. Dia betul-betul berasa tidak berdaya.
Terdapat enam buah kedai tapi hanya perniagaan kedai Lu Xinyan sahaja yang teruk. Keadaan diburukkan lagi dengan pengurus dan jurujual sebegitu, ditambah lagi dengan pemilik kedai yang amatur, lambat-laun kedai itu pasti akan gulung tikar. Nasib baiklah Ning Xi dapat tahu tentangnya lebih awal…
Berdebup!
Semasa Ning Xi sedang mengelamun, seseorang tiba-tiba melintas di hadapan dan melanggar tubuhnya serta membuatkan dia hampir terjatuh.
"Cik Puan, saya minta maaf. Kamu tak apa-apa ke?" Orang itu berhenti dan memegang Ning Xi untuk mengelakkannya daripada terjatuh.
Ning Xi menggelengkan kepalanya. "Saya okey."
"Ah… Cik Puan, kamu ni nampak agak tangkas. Kamu pernah belajar seni mempertahankan diri ke sebelum ni?" Lelaki itu memandang Ning Xi dengan penuh minat.