Zhuang Zongren masih lagi risaukan Ning Xi, jadi dia meneruskan pertanyaannya, "Kamu tinggal di mana sekarang? Rumah yang syarikat kamu sediakan?"
"Saya tinggal di pangsapuri yang disediakan oleh pihak syarikat, tapi tak lama lagi saya akan pindah. Pendapatan saya dah meningkat sikit sekarang, jadi saya baru saja beli sebuah rumah," jawab Ning Xi.
Zhuang Zongren berasa gembira mendengar kata-kata Ning Xi itu. "Bagus! Muda-muda lagi dah berjaya!"
Kemudian, dia menjeling memandang cucunya dengan rasa sakit hati.
Zhuang Ronggang hanya mendiamkan diri. Dia sudah makan dengan senyap dan tidak membuka mulut langsung, tetapi kenapa dia masih menjadi sasaran?!
Perempuan ni memang datang ke sini hanya untuk serang dia saja ke?