Di belakang, Zhuang Zongren hanya tersenyum memandang budak-budak muda saling bergurau sesama mereka. Tetapi, bila dia melihat Ning Xi keluar dari bilik persalinan, matanya mula berair dan dia menggumam sendiri, "Ci... Ci..."
Zhuang Liaoyuan memandang ayahnya bila dia sedar kelakuan pelik lelaki tua itu.
Ci?
Bukankah itu adalah nama timangan arwah ibunya?
"Budak tu... Budak tu... Mukanya sama dengan Ci waktu muda dulu..." ujar Zhuang Zongren dengan suara yang terketar-ketar. Matanya penuh dengan rasa cinta dan rindu terhadap arwah isterinya.
Sewaktu Zhuang Zongren pertama kali bertemu dengan Ning Xi, gadis itu baru sahaja selesai menghadiri sebuah majlis yang berkaitan dengan kerjayanya. Jadi, ketika itu dia memakai pakaian yang formal dan kemas. Pada waktu-waktu yang lain pula, dia tidak perasan apa-apa tentang Ning Xi.