"Woohoo!!!" Bunyi sorakan bergema selepas beberapa ketika.
Ramai di antara mereka yang ada di situ telah menyaksikan betapa gigihnya Zhuang Rongguang berlatih untuk cabaran itu, jadi mereka berasa sangat gembira bila dia menang.
Semua kawan lama dan barunya tidak henti-henti mengucapkan tahniah kepadanya. Mereka menepuk-nepuk bahunya dan menggosok kepalanya.
"Memang kawan saya! Bagus!"
"Kamu menembak dengan mata tertutup dan dapat 10 markah untuk setiap satu tembakan! Sangat hebat untuk seseorang yang hanya sempat berlatih sekejap saja!"
"Hahaha... Xiao Guang! Saya tahu kamu boleh buat! Sekarang, kamu boleh buat budak tak guna tu menderita!"
"Budak ni! Saya dah pandang rendah pada kamu! Tembakan yang sangat hebat!"
...