Disebabkan dia hanya memeluk gadis itu sepanjang masa, dia tidak sedar yang pipi gadis itu menjadi warna merah jambu. Ia kelihatan luar biasa dan apabila dia menyentuh dahi gadis itu, panas!
Ning Xi demam!
Lu Tingxiao berdiri dan segera menghubungi Qin Mufeng.
Sejam kemudian, Qin Mufeng datang bersama dengan beg pakaian.
"Dude… kamu ni selalu intip saya ke apa? Asal saya balik je, kamu telefon saya!"
Qin Mufeng telah pergi ke luar negara untuk menghadiri persidangan akademik dan baru saja pulang apabila Lu Tingxiao menghubunginya.
Walau bagaimanapun, dia gembira kerana Lu Tingxiao menghubunginya. Sejak Ning Xi berada di sana, kedua-dua bapa dan anak menjadi semakin sihat. Dia rasa bersalah kerana tidak melakukan apa-apa sedangkan dia dibayar gaji.
"Apa yang dah jadi sampai kamu telefon saya dengan cemas ni?" tanya Qin Mufeng.
"Demam," balas Lu Tingxiao.