Selepas itu, si pengkhianat itu membaca semua pergerakan Lu Jingli. Dia sentiasa tahu pergerakan Lu Jingli yang seterusnya dan menggunakan pergerakan itu untuk menyerang dan mendominasinya...
Selepas percubaan yang entah ke berapa kali, Lu Jingli akhirnya menjerit, "Bro! Lepaskan saya! Lepaskan saya!"
Dari cara lelaki ini menewaskannya dengan begitu mudah, lelaki ini tidak lain tidak bukan pasti adalah abangnya!
Mulut Ning Xi bergerak-gerak dan dia menggelengkan kepalanya. "Saya dah cuba untuk halang kamu, tapi kamu sendiri yang pilih cara susah!"
Si Cilik mendapat tahu yang Ke Mingyu sebenarnya adalah Lu Tingxiao melalui pemerhatiannya yang unik, manakala Ning Xi pula tahu tentang identiti sebenar lelaki itu melalui auranya dan reaksi Si Cilik. Tetapi, Lu Jingli...
Dia hanya boleh dapat tahu selepas dipukul...