Pilih lagi…?
Zhuang Rongguang berjalan mundar-mandir di dalam bilik itu. Dia gemuruh. Dia menggaru kepala dan mencuba sedaya upaya untuk memikirkan sesuatu.
Kemahiran terbaik yang dimilikinya ialah bermain permainan video! Apa lagi yang dia boleh buat?
Berlumba? Ya! Dia handal juga dalam berlumba!
Tapi budak tidak berguna ini nampak macam serba boleh. Itu terlalu berisiko…
Bermain kad, menunggang kuda, berjudi… Zhuang Rongguang memikirkan semua perkara yang dia buat, tapi tidak ada satu pun yang dia rasakan boleh kalahkan Ning Xi!
Akhirnya, Zhuang Rongguang kelihatan muram kerana dia sedar yang dia agak tidak berguna…
Apabila dia sudah kehabisan idea, dia tiba-tiba terfikirkan sesuatu. "Betul tu! Menembak! Lawan menembak dengan saya!"
Ekspresi wajah Ning Xi kelihatan agak kekok apabila mendengar cabaran Zhuang Rongguang.
"Menembak… kenapa menembak?"