A-Angin Yang Menusuk!! Kenapa dia aktif sekarang!?
Zhuang Rongguang melihat karakter yang ada di hadapannya dan berasa takut.
Dia rasa tidak sedap hati...
Dia menoleh dengan perlahan dan melihat ke arah Ning Xi.
Ning Xi juga sedang memandangnya sambil tersenyum sinis. "Budak kecil, saya dah kata sebelum ni, kan? Saya suruh kamu padam permainan ni! Kalau tak… saya akan bunuh kamu setiap kali saya nampak kamu…"
Karakter Zhuang Rongguang dalam permainan itu sudah pun mati semasa Ning Xi menghabiskan kata-katanya…
Apa yang sedang berlaku?!
Akhirnya Zhuang Rongguang nampak ID permainan Ning Xi. Dia ialah Angin Yang Menusuk!
Budak tidak berguna ini ialah Angin Yang Menusuk!