Tang Lang terkesima. Kemudian, dia memerhatikan Ning Xi berjalan mendekati sekumpulan budak-budak muda itu. Ning Xi memegang lengan perempuan yang ada dalam pelukan Zhuang Rongguang dan menariknya ke dalam pelukannya pula.
Zhuang Rongguang naik berang sebaik sahaja melihat gadis di dalam pelukannya ditarik pergi semasa dia sedang leka. "Hei! Budak tak guna ni datang dari mana? Kamu buat apa ni?"
Gadis yang Ning Xi selamatkan itu hampir sahaja mencarut apabila dia ditarik tapi dia terhenti daripada berbuat demikian…
Di bawah cahaya bulan, wajah penyelamatnya kelihatan sangat jahat. Keangkuhan yang tidak terkawal jelas terpampang pada wajahnya itu dan renungan matanya yang dingin seakan-akan menyedut jiwanya keluar.
"Kacak… sangat…" Betul-betul buaya darat!
Ning Xi memeluk gadis itu dan berkata tanpa sebarang ekspresi di wajahnya, "Saya minat gadis ni!"
Suaranya penuh dengan keangkuhan!