Di Syarikat Hiburan Keagungan Dunia, di dalam pejabat Ling Zhizhi.
"Tahniah sebab dah habis penggambaran filem. Kamu dah bekerja dengan keras!"
"Tak susah sangat pun! Filem ni merupakan salah satu filem yang paling saya suka!" kata Ning Xi dengan ikhlas. Wajahnya berseri-seri apabila terkenangkan segala memori di dalam fikirannya.
Tambahan pula, dia telah berlakon dengan Si Syaitan! Walau bagaimanapun, dia patut berhati-hati dan tidak melebih-lebih dalam menunjukkan kegembiraannya.
Ling Zhizhi memandangnya dengan rasa prihatin yang terpancar di matanya.
Ning Xi menyedari pandangan mata wanita itu lalu dia segera bertanya, "Ada yang tak kena ke, kak Zhizhi?"
Ling Zhizhi teragak-agak pada mulanya tetapi dia memutuskan untuk berterus-terang. "Ning Xi, saya nak tanya sikit. Kamu ada apa-apa ke dengan Ke Mingyu?"
Ning Xi mengerdipkan matanya. Dia kelihatan tenang di luar tetapi hatinya sedang dilanda ribut. Tak guna! Kak Zhizhi dah tahu ke!?