Yun Luofeng membuka mata dan perlahan merenung licik ke arah Hu Li.
"Kamu yakin mahu bertarung dengan saya?"
"Ya." Hu Li mendongak angkuh, "Kalau kamu tidak sahut cabaran saya hari ini, saya akan terus mengganggu kamu sampai kamu terima."
"Baiklah." Yun Luofeng diam seketika sebelum menjawab, "Kalau saya menang, saya mahu kamu... bersumpah setia kepada saya selama tiga tahun. Bagaimana?"
Hu Li terpegun seketika lalu ketawa senang hati. "Menarik, kamu sangat menarik. Baiklah, saya berjanji! Asalkan kamu boleh kalahkan saya, jangankan tiga tahun jadi pengikut kamu, sepuluh tahun pun tidak akan jadi masalah!"
"Baiklah. Jangan lupa janji kamu. Kalau saya menang, kamu akan bersumpah setia jadi pengikut saya selama sepuluh tahun."
Hu Li langsung tercekik oleh ketawanya sendiri lalu batuk. Wajah tampannya kaku dan memerah.
'Perempuan ini memang cerewet.'