Masuk ke Tahap Bumi dalam masa lima hari? Itu mustahil.
Ketua Dewan Perubatan mendengus menyampah dan terus meninggalkan Dewan Hukuman. Melihat dia beredar, mereka yang lain juga turut menurut…
"Saya hanya boleh tolong dia hingga ke tahap ini…"
Ketua Dewan Rohani ketawa kecil dan senyuman nipis kelihatan di wajah tuanya. Dia beredar dengan langkah cepat, hilang di bawah sinaran matahari di halaman.
…
Dalam bilik pertapaan.
Tidak lama selepas Yun Luofeng masuk, bunyi ketukan pintu kedengaran dari luar. Dia mengerutkan keningnya dan berkata, "Masuk!"
Pintu kemudian ditolak terbuka dan seorang lelaki tua berjubah biru muda berjalan masuk. Yun Luofeng memandang kepada lelaki tua ini dan bertanya, "Kamu ada urusan dengan saya?"
"Saya memang ada urusan yang perlu dibincang dengan kamu, sebab itu saya datang cari kamu." Lelaki itu tersenyum. "Oh ya, saya belum perkenalkan diri saya lagi. Saya Ketua Dewan Rohani, Mu Ran."