Pokok Kecil menoleh kepada semua orang yang mahu beredar itu dan suara lembutnya berkata, "Bunuh!"
Ya! Sesiapa yang membuli ibu bapanya layak untuk mati!
Bang!
Pokok-pokok menjalar keluar dari tanah sekali lagi. Tanpa menunggu semua orang itu melarikan diri, pokok menjalar itu sudah pun melilit mereka semua, membuatkan mereka tidak boleh bergerak.
"Pokok Kecil, sebat mereka sampai mati untuk saya. Oh ya, jangan bunuh perempuan dengan serunai itu. Ayah kamu suruh jual dia ke rumah pelacuran. Bukan dia suka tidur dengan lelaki? Jadi kita akan penuhi hasrat dia," arah Huohuo sambil bercekak pinggang.
Bayi debab itu melambai tangannya dan pokok menjalar berbentuk tali cemeti muncul di hadapan semua orang ini. Ia kemudian melibas semua orang yang ketakutan itu tanpa belas kasihan.
Hanya bunyi libasan cemeti sahaja yang kedengaran di udara, bersama dengan bunyi raungan kesakitan.