Oleh sebab itu Yun Xiao yakin Pokok Kecil ialah anak lelaki dia dan Yun Luofeng.
Wajah Yun Luofeng berubah gelap. "Berapa lama kita berpisah?"
Yun Xiao berfikir sejenak. "Hampir separuh tahun."
"Berapa lama suatu kehamilan?"
"Sepuluh bulan…"
Yun Luofeng tersenyum. "Jadi kamu ingat dia anak lelaki kita?"
Yun Xiao terdiam untuk seketika. "Jadi dia anak siapa?"
"Kamu rasa?" Yun Luofeng menaikkan keningnya. "Rupa dia begitu serupa dengan kamu, kamu rasa dia anak siapa?"
Yun Xiao serta-merta berubah resah dan memandang Yun Luofeng dengan kaget. "Saya tak ada hubungan langsung dengan dia! Saya hanya ikut kamu sahaja selama ini dan tak pernah berhubung dengan sesiapa pun kecuali kamu… lagi satu, perempuan pertama saya juga ialah kamu. Feng'er, kamu mesti percaya kepada saya. Saya memang tak ada hubungan dengan dia."