"Tok Ketua Xu Kong, kamu sudah ada seorang calon berbakat sebagai anak murid. Saya rasa dia lebih sesuai dengan saya. Dia akan mahir dengan lebih cepat jika berlatih dengan saya."
"Mengarut! Kamu seorang tabib, tapi calon berbakat itu tidak. Kamu lebih lebih baik cari seorang tabib sebagai anak murid kamu."
"Siapa kata seorang tabib tidak boleh menjadi guru? Saya hanya nak ambil dia sebagai anak murid saya! Kamu ada masalah dengan benda ini?"
Semua tok ketua itu kemudian berdebat dengan hangat dan tiada siapa yang mahu mengalah.
Lelaki tua itu mengelap peluh dingin yang meraja di dahi dan berkata dengan berhati-hati, "Tok Ketua semua, bukan kamu semua sudah putuskan yang calon berbakat seterusnya patut diberi kepada Tok Ketua Feifan?"