"Feng'er..." Mata Jun Fengling merenung Yun Luofeng dan terdapat sentuhan kesedihan pada wajah cantiknya.
"Saya datang ke sini untuk mengucapkan selamat tinggal dan saya akan pergi cari Yun Xiao." Yun Luofeng kelihatan bertekad.
"Pergilah," Jawan Jun Fengling dengan senyuman, "Ibu dan Abang Ye juga akan pergi dari sini nanti. Ibu harap kita dapat berjumpa di benua lain di masa akan datang."
Yun Luofeng mengangguk. "Saya akan pergi jenguk dan ucapkan selamat tinggal kepada Datuk dan Pak Cik Kedua. Ayah, Ibu, jumpa lagi."
Yun Luofeng akan pergi jauh untuk jangka masa yang panjang.
Mungkin bertahun lamanya...
Atau mungkin berdekad.
Bagaimanapun, apabila Yun Luo dapat tahu bahawa Yun Luofeng yang baru pulang itu akan pergi jauh, walaupun umurnya sudah lebih lima puluh tahun, dia peluk cucunya itu dan menangis seperti budak kecil.