Sejak kebelakangan ini, Jun Fengling jaga bayi kembarnya sendiri, termasuklah menyusukan mereka.
Dia tahu waktu mereka bersama sudah tidak lama, jadi dia ingin meluangkan setiap detik ini dengan mereka...
"Tuan, Puan, Cik Yun sudah pulang!"
Tiba-tiba, suara gembira terdengar dari luar pintu. Jari-jemari Jun Fengling menggeletar lalu dia terus berdiri. Air mata kegembiraan mengalir dari matanya sebaik sahaja dia ternampak gadis yang sedang menuju ke arahnya. Gadis itu berpakaian serba putih, langkahnya terhenti sebaik sahaja dia ternampak Jun Fengling sedang berdiri di dalam pavilion kecil itu.
"Feng'er..." Bibir Jun Fengling agak menggigil, "akhirnya kamu pulang."
Semenjak kematian Jian Chengwen, Jun Fengling sangat berduka dan penuh rasa serba salah, sama juga dengan Ye Jingchen.
Kalaulah mereka cukup kuat, Jian Chengwen mesti masih hidup lagi.
"Ibu."