Dari pagi sampai ke petang, askar-askar Kerajaan Tianyun gugur ke tanah satu demi satu dan hanya askar Jian Chengwen dan orang-orang Keluarga Ye sahaja yang masih bertarung.
Pertarungan ini berterusan selama satu hari satu malam dan musuh mereka seakan tidak tahu penat, terus membunuh tanpa berehat.
Sementara itu dalam Kediaman Keluarga Ye.
Di dalam sebuah bilik, suara Jun Fengling menjerit kesakitan terdengar. Rasa sakit pada suaranya itu membuatkan hati semua orang berdebar. Sudah sehari semalam berlalu, air ketuban sudah pecah tetapi bayi masih belum keluar. Bahkan bidan juga sangat gelisah ketika ini.
"Tidak, kalau berterusan begini... Puan Jun tidak akan bertahan lama." kata bidan itu dengan resah sambil berdiri. "Kita mesti cari tabib, kalau tidak dia akan mati."
"Saya akan pergi ke Istana Diraja untuk tabib sebab tabib-tabib dalam kota sudah pergi melarikan diri." Ning Xin berdiri dan terus keluar.